YA BEDA BEDUUUU. WELCOME TO...ZAI'S HOMEPAGE!!! | ||||||||||||||||||||||||
ZAI? SIAPA DIA TU..... | ||||||||||||||||||||||||
Syukur ke hadrat Ilahi, seorang bayi yang comel telah dilahirkan pada satu subuh yang hening, 18 tahun yang lalu.Jam 4.12 pagi, 6 Disember tahun 1980, telah dicatatkan sebagai satu tarikh keramat bagi cute baby ni. Dia ni anak sulung bagi pasangan Encik Hussin dan Puan Jamaiyah.Fikir punya fikir, setelah dipersetujui baby ni pun diberi nama Noor Huzaimah Hussin. Lepas tu takkan nak panggil baby ni ngan nama penuh pulak, so nama 'Zai'pun wujud.Sehingga ke hari ini, Zai ada 4 orang adik-beradik. Bila dah boleh pegi sekolah, mak bapak Zai pun hantar dia pergi sekolah.Tamat je SPM dengan cemerlangnya, Zai pun berjaya ditabalkan sebagai salah seorang warga tetap Institut Teknologi MARA, Shah Alam.Dengan itu Zai adalah seorang student Diploma in Computer Science. Baru part one je sebenarnya. Zai menginap kat banglo mewah 'Kolej Delima 3'.Meh la bertandang............. | ||||||||||||||||||||||||
BEST GILE..... | ||||||||||||||||||||||||
Cristal Avanue, Selangor. Dear Team, Di saat aku mencoretkan warkah ini padamu perasaanku masih terganggu.Kau tentu masih ingat pada GILBERT, anak mat salleh teman rapatku.Untuk pengetahuanmu GILBERT telah meninggal dunia.Aku sendiri tidak tahu bagaimana dan dimana hendak aku memulakan kisah yang tragis ini. Team, Aku dan GILBERT pergi ke Beautiful Park dan ketika dalam perjalanan pulang ke kampus, GILBERT telah dilanggar oleh sebuah kereta.Dia menggelupur mati di tempat kejadian.Paling menyedihkan dia mati di dalam ribaku. Aku rasa dunia ini gelap gelita tanpa dirinya di sisiku. Team, GILBERT adalah mahkluk ciptaan Allah yang agung! Aku benar-benar rindukan suaranya yang romantik. Dia sering mengejutkan aku di awal pagi untuk menunaikan solat Subuh. Team, Kereta yang melanggar GILBERT di pandu oleh seorang lelaki mabuk.Aku bercadang untuk menenangkan fikiran di Paris, namun aku aku rasa adalah lebih penting untuk aku selesaikan kes GILBERT terlebih dahulu.Rakan-rakanku di Shah Alam ini mencadangkan aku membawa kes ini ke mahkamah dan menyaman lelaki mabuk yang menyebabkan kematian GILBERT. Tapi, aku tahu aku tidak akan menang dalam kes ini kerana GILBERT adalah seekor ayam jantan. Sahabatmu, Zai. | ||||||||||||||||||||||||
NAK BERKENALAN? BULEH SAJEEE........... | ||||||||||||||||||||||||
Salah satu hobi Zai adalah berkenalan. So, lepas je melayari homepage Zai ni boleh lah kita berkenalan. | Nak datang rumah pun boleh. Tapi kena la sampai ke rumah yang beralamat : Lot 7346, Rumah Bidan Kerajaan Parit 4, Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor. Untuk memudahkan perhubungan hantar e-mail lagi baik.Lebih MUDAH, CEPAT DAN TEPAT. Kita kan berada dalam zaman sains dan teknologi. Selain e-mail yang ada kat bawah tu, anda boleh pakai e-mail saya yang lain. Ikut citarasa sendiri la katakan. [email protected] dan [email protected] Berkenalan ni pun memang amat digalakkan. Maklumlah boleh bertukar-tukar pendapat dan macam-macam lagi. Lebih dari tu kita boleh merapatkan silaturrahim sesama kita. Betul tak???? Sure betul punya...... Apa tunggu lagi, teruskan perjuangan 'perkenalan' kita................. Till we meet again. ADIOS........
|
Favourite links
|
|
|
This page has been visited times. |